Friday, 31 May 2013

Al-Qari'ah





Hai Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat kan..Salam Sayyidul Ayyam( Penghulu Segala Hari) =)
Hehe..sorry..malam baru dapat update..

Pagi tadi, selepas solat sunat dhuha..ambil kesempatan sekejap nak baca surah dan tafsirnya sekali ..
Ya Allah, tenang je rasanya..

Okaylah,afifah nak share something tentang sebuah surah ni..Surah tersebut ialah surah Al-Qari'ah..Tahu tak surah Al-Qariah tu? Al-Qariah merupakan salah satu nama-nama hari Kiamat.. Surah ini merupakan salah satu surah yang pendek sepanjang 11 ayat dan menceritakan bagaimana peristiwa yang bakal berlaku pada hari jumaat di mana manusia bertempiaran lari dan tidak tahu apa yang sedang berlaku..

Surah Al- Qari'ah ini menceritakan tentang kedahsyatan Hari Kiamat di mana surah ini dapat kita bayangkan menceritakan hari kemusnahan yang berlaku di bumi Allah. Bayangkan..kemusnahan yang berlaku kepada manusia dan gunung-ganang.Pemandangan yang huru-hara, manusia bertempiaran lari, manusia yang kelihatan amat kecil walaupun bilangannya terlalu ramai..

Bayangkan umat manusia dari utara ke selatan bumi,
dari timur ke barat bumi..kelihatan terlalu kecil..

Pada hari itu, Allah menyatakan tentang pembalasan segala amalan kepada hamba-hambanya yang tergolong kepada dua golongan sama ada yang beriman atau sebaliknya...

Yaww..macam mana? First, afifah minta maaf kalau kesalahan bahasa, info tidak benar atau sebaliknya..
Hanyalah seorang hamba Allah yang tidak lepas melakukan kesalahan..Wallahualam.. ^_^ Maaf tau tak dapat nak share maksud setiap ayat.. sorry =)

Nak menangis rasanya bila baca surah ni..Kita hidup di dunia adalah sementara..Jangan lupa tujuan asal kita hidup ni muka bumi Allah ni.. :)

Thanks for read.. Assalamualaikum.. =)

Tuesday, 28 May 2013

Newbies

Assalamualaikum .

Hehew..Blog ni baru buat sebenarnya.Pelik je blog ni..nothing interesting pun..

Blog ini kepunyaan seorang Hamba Allah yang berumur 14 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang arkitek atau seorang engineer yang berbakti kepada agama,bangsa dan negara .Tapi tak pro sangat dalam bidang lukis melukis. It's Okay..Just Wait And See. In Shaa Allah..Doakan Ya..Aamiin.

Tapi bagi mengisi masa lapang, rajin je jari-jari pinjaman Allah ni menari atas keyboard dengan pelbagai jenis rentak. hehe ^_^ . Entahlah masa-masa akan datang nak update apa.. 

Thanks read  =) And come again.


Okay Bye..Assalamualaikum