Thursday, 27 December 2018

Lessons to be Learn


Assalamu'alaikum semua!! Dah lama aku tinggalkan blog ni tanpa penjagaan yang rapi. Last entry aku pasal nak habis matrik then now this post is about where I am now!! Yeahh.

Alhamdulillah, aku dah habis matrik. Lulus dengan jayanya haha walaupun pointer tak tinggi mana, but i'm so grateful bebeyh. Tak sangka dapat banyak tu dan tulah dan tak sangka aku dapat sini-ambik degree sini. Yeah, hidup kita ni penuh dengan suprise apa yang tak disangka itu.

Yelah sebab aku malas study, ambil sambalewa je semua ni hogoho but semua tu dah berlalu. Alhamdulillah Ya Robb.

Where i am now? Ciss. Sekarang aku tengah ambik Degree- Bachelor of Civil Engineering di UTM Skudai. Nun jauh di selatan tanah ayor. Kau tahu aku mintak memain je (but still mengharap jugaklah) sebab aku tahu result tak power, lepastu tak ambik fizik masa matrik, so what do i expect brother n sister? Research university tu kot.

Dalam tak sangka aku dapat sini, aku lebih kepada risau dan takut. Ye takut sebab aku takut aku tak boleh buat. Aku risau ahhhhhh segalanya lah. Aku berat hati sebab aku tahu aku tak layak kat sini. Engineering pulak tu.

Few classes aku attend aku dah give up. Aku tak boleh nak catch up. Asal biol lampi sangat pun aku tak tahulah. Banyak kali aku give up tapi still aku follow je. Tests pun aku sekadar jawab je sebab memang aku tak faham apa haha terukkan aku.

Aku nak share turning point aku. Macam mana aku boleh sedar dengan bantuan seorang lecturer ni. Beliau ajar Engineering Mechanics. Test 1 result aku teruk gila. Aku cuma dapat 6.8% daripada 20%. Test 2 pun aku dapat lebih kurang sebab masa ni pun aku tak sedo diri lagi. Total carry marks untuk core subjects adalah 50% dan final exam 50%. Jadinya, carry mark aku untuk subjek mechanics tak sampai separuh pun. Siapa tak down kan tapi benda dah lepas. Haha. Salah diri sendiri jugak.

Ye, semua subjek core yang lain pun lebih kurang. Aku tak boleh nak buat.

Berbalik kepada kisah tersebut, last week lecture/classes aku jumpa lecturer yang ajar mechanics tu pasal test 1. Prof tu tanya macam mana result? Aku tunjuk result aku dan dia tanya selama ni saya ajar awak tak faham ke? Pastu aku sengih sebab benda tu betul. Sorry prof. Prof tanya lagi kalau tak faham kenapa tak angkat tangan masa dalam kelas. Kenapa tak jumpa saya luar kelas. Ye prof saya akui saya memang bodo. Dah tahu tak tahu tapi taknak tanya.

Ni start aku nak nangis tapi tahan je sebab benda yang prof ni cakap semua tepat dan benar. Prof cakap aku ada mental block. Aku inferior dengan orang lain dan aku rendah diri sangat-sangat. Aku inferior tengok orang yang jauh lebih baik dan pandai daripada aku dan aku rendah diri sebab aku modul 3 yang tak belajar fizik. Diorang semua laju, dan aku terkedek-kedek sensorang kat belakang. Aku macam meredakan semua dengan alasan aku modul 3. Aku ada thought yang aku tak boleh buat. Setiap kali nak test, prof tu cakap, aku cakap habislah aku habislah aku sampailah masa jawab test pun. Sepatutnya masa jawab test fikir macam mana nak solve tapi aku duk fikir pasal habislah aku. (Weh mana prof tahu 😭😭😭)

Ye semua ni aku sedar asbab Allah hantarkan prof untuk sedarkan aku di hujung-hujung minggu belajar. Segala test aku dah buat dengan mentality yang jumud dan sempit dan tak yakin semua tu. Keputusannya, i dont get good results for any tests. Semua teruk.

Dan sekarang tengah final exam. Lagi dua paper nak habis. Fluid mechanics dengan engineering mechanics. Sakit weh nak kejar kat final kalau carry marks pun alahai siannya. Final mustahil sangat kalau nak betul semuanya pun. Ni akulah. Aku tak boleh nak repeat balik apa yang aku silap sebelum ni, tapi aku harap aku dapat buat yang terbaik.

Aku baru sedar. Dan aku harap kesedaran ni sampai bila-bila. Jagalah carry marks okay sebab benda ni penting. Terlalu penting!! Doakan aku untuk final.

Namun, peliharalah juga niat kita belajar. Belajar kerana Allah confirm takkan stress.