Assalamu'alaikum semua :))
Aku baru teringat yang aku ada blog. Since 2013 lagi ekeke. Okay, aku nak citer sikit pasal ambik lesen kereta ni. Mulanya aku ingat senang sangat lah nak ambik lesen kereta ni weh tapi azab dia masya Allah. Ni experience akulah maybe orang lain senang kacang je okay.
Best friend aku yang ajak ambik lesen sekali. Aku pun tanyalah mak ayah dulu dan Alhamdulillah mak ayah bagi green light :) Start dengar ceramah pun dah bawak petanda buruk ahahah sebabnya penceramah attack aku dengan soalan apa tah macam aku dah expect ilmu jalan raya huhi. Okay abaikan.
Lepastu, ambik ujian lesen L. Alhamdulillah lulus haha. Senang je cehwah :D Lepastu, duduk rumah goyang kaki balik tunggu pak cik lesen (agen) panggil belajar. Sebulan lebih gaklah kot tunggu dia panggil hmm. Tapi first day belajar dah kena maki hamun. HAHA. Ye lah clutch dengan minyak pun aku tak tahu mana dan expect macam dah biasa bawak kereta. I cannot brain this. Tapi lama-lama dah lali dah kena marah sebab aku pun kadang blur jugak. Pengakuan jujur betul. Dan lama-lama dah biasa dan okay dah Insya-Allah dengan pak cik lesen. Thanks pak cik!
JPJ TEST 1 (dah nampak kan hint :P) : Ya, ini test jpj for the first time. Rasa cuak tu usah cakaplah. Tak tenteram perut bila ingat test jpj oi haha. And the day came. Mula sekali test jalan raya. Aku dan best friend dapat sesi yang ketiga so memang tunggu lamalah. tapi cuaknya Allahu Rabbi. Sampai je turn aku, aku dah cuak habis dah tengok pegawai jpj yang nak test aku tu. Serius kemain haih. Sebabkan nervous aku yang memuncak-muncak aku dah lupa ilmu jalan raya ahaha. Entah masa nak tukar gear dan nak teruskan jalan, kereta tu menggila sat (tak tahu nak kata macam mana) Hmm, aku termasuk jalan orang dan pegawai tu tak straight kata gagal tau lepas dah jalan sikit, ingat okaylah kan tetiba dia kata berhenti kiri. Okay, that time aku tahu aku dah gagal. Hmm, lepastu dia tanya, tahu tak salah kat mana. Then, tukar tempat agaga. Kalau nak tahu, orang tu gagal ke lulus test jalan, kalau jpj yang bawak balik kereta balik litar, gagal le tu kalau tak, lulus le tu. Kotlah Insya-Allah. Yang sakit hati boleh pulak dia tanya mak ayah kerja apa, adik beradik ada berapa orang. Orang dahlah tengah frust haih. Terima kasihlah gagalkan saya. Eh? Hahaha sape je suka gagal. Cer khabor?
Next, test litar. Best friend aku dah lepas dua-dua sebelum solat Jumaat. Tapi, sedih dia pun dua-dua gagal. Aku menung jugaklah kenang nasib tunggu turn test litar pulak. Best friend aku balik awal kah. Lepas solat Jumaat, mula balik. Mulalah turn aku. Lucky me, I got Kancil hehe. Bukit, Alhamdulillah. Selekoh Z, Alhamdulillah. Selekoh S, Alhamdulillah. Parking, Alhamdulillah. Kau tahu apa benda yang lawak aku buat masa parking ni? Aku dengar pegawai jpj tu suruh keluar dan aku ingatkan aku gagal lah kan hahaha jadinya aku freekan gear, matikan enjin keluar dari kereta. Lepastu, dia marah kenapa keluar kereta dia suruh keluarkan kereta daripada petak parking tu haih. Ajee afifah oi! Aku dah tanamkan azam moga-moga last station yakni tiga penjuru ni pass tapi Allah lebih mengetahui kan :) Aku dah masuk gear reverse, tapi mungkin tak masuk kot, bila aku lepas clutch slow-slow enjin mati. Peraturan kat 3 penjuru ni, enjin tak boleh mati dan tak boleh lebih 3 pergerakan. Matilanak. Pegawai Jpj bagi can suruh start balik enjin tapi rezeki are not with me ehehe and again enjin mati. Lastly, dia suruh keluar kereta. Aku dengan pasrahnya keluar daripada kereta. Gagal! Sedih usah cakaplah. Terkilan sebab 3 penjuru adalah last station before lulus. LAST STATION!!
JPJ TEST 2 - The next weekend, aku repeat dengan trauma yang tak hilang lagi. Aku cakap kat pak cik lesen yang aku taknak repeat dalam masa terdekat, tapi pak cik tu kata repeat awal senang. So aku iyekan aja. Melayang lagi duit mak ayah. Mintak maaf mak ayah! Alhamdulillah jalan raya aku lulus sebab aku dapat pegawai jpj yang baik dan memahami. Baik je tak boleh jugak if dia tak faham orang yang tengah nervous and baru berapa jam je pernah bawak kereta. Terima kasih encik. Bila dah lulus jalan, aku pun bersemangat lah kalau litar pun lulus. Tapi rezeki belum menyebelahi bila aku terlanggar benteng kat selekoh Z. Aku pun bijak sangat taknak brek or reverse. Teruk kan?
Sekarang aku tak tahu bila nak repeat lagi. Aku dah trauma yes sebab aku takut duit melayang lagi if gagal lagi.
Bila kau pernah gagal, kau akan rasa perasaan orang lain yang pernah gagal. Jangan simply perlekehkan orang bila dia gagal sebab kau tak tahu apa yang pernah dia rasa dan alami.
Doakan aku lulus untuk kali yang ketiga ni tau. Aku dah tak larat nak repeat. Aku kena repeat litar je sebab jalan dah lulus. Doakan aku tau. Terima kasih!
P/s : Sorry aku guna bawak instead of pandu. Sebab aku dah terbiasa guna/cakap bawak kereta sejak kecik lagi. Maafkan saya cikgu BM hehe