Monday, 9 October 2017

Wahai


Pergi ke tanjung untuk meminang
Si dara manis untuk si teruna
Hai jiwa-jiwa yang tenang
Usahlah risau lagi gulana.


Berterbangan bebas si burung merpati
Sambil mengepak-ngepak kedua sayapnya
Janganlah dengki inikan iri hati
Kerana rezeki kita berbeza bentuknya.


Berehat sebentar di Pulau Mutiara
Angin sepoi petang turut dirasai
Jadilah insan baik budi bicara
Nescaya seluruh bumi pasti sukai


Pergi ke pasar terserempak Naina
Datangnya dia bersama ibunya
Tutuplah auratmu dengan sempurna
Menjadi simbol ketaatan kepadaNya.




P/s : Erm takde idealah huhu




No comments: